Harga Mingguan Petrol dan Diesel Turun

PETALING JAYA – Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun dua sen dan tiga sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini.

Menurut laman Facebook rasmi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), RON95 turun dua sen, dari RM2.21 seliter kepada RM2.19 seliter bermula Khamis.

Harga RON97 pula turun tiga sen kepada RM2.49 seliter berbanding RM2.52 seliter sebelum ini.

Sementara itu, harga baharu diesel turut turun empat sen menjadikan harga jualannya RM2.10 seliter berbanding RM2.14 seliter.

Harga baharu bahan api itu berkuat kuasa dari 21 hingga 27 September ini.

Harga baharu itu ditetapkan secara mingguan setiap Rabu, berbanding secara bulanan sebelum ini. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *