Ambiga Gagal Cabar Larangan Masuk Sabah

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan untuk mencabar larangan memasuki Sabah.

Panel tiga hakim terdiri daripada Tan Sri Ahmad Maarop, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Azahar Mohamed memutuskan bahawa keputusan mahkamah pada 2002 dalam kes Sugumar Balakrishnan yang dilarang memasuki Sabah adalah masih mengikut perlembagaan.

Mahkamah selanjutnya memutuskan bahawa kes Ambiga tidak tertakluk kepada Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman agar merit penuh kes itu didengar.

Gurdial Singh Nijar, yang mewakili Ambiga, memberitahu pemberita keputusan itu bermakna Jabatan Imigresen Sabah mempunyai budi bicara mutlak untuk tidak membenarkan sesiapa dari Semenanjung Malaysia masuk ke negeri itu.
“Mereka tidak perlu beri sebab mengapa mereka buat keputusan untuk mengharamkan seseorang daripada pergi ke sana,” katanya.-Malaysiakini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *