Tawaran Ambil Alih PLUS Patut Diterima atau Tidak?

Maju Holdings Sdn Bhd, yang dikuasai oleh ahli perniagaan Tan Sri Abu Sahid Mohamed, telah membuat tawaran yang melebihi daripada RM36 bilion untuk mengambil alih PLUS Malaysia Bhd.

UEM, sebuah unit milik penuh Khazanah Nasional Bhd, menguasai 51% daripada pengendali lebuh raya itu manakala KWSP memegang baki 49%.

PLUS membayar dividen RM815 juta kepada pemiliknya pada tahun 2015. Selama lima tahun yang lalu, PLUS telah membayar dividen sebanyak RM2.85 bilion kepada para pemegang sahamnya – UEM dan KWSP.

Pengambilalihan Maju Holding akan mengurangkan liabiliti kontinjen kerajaan sebanyak RM30 bilion.

Pembangkang selalu mengatakan bahawa kerajaan mempunyai terlalu banyak liabiliti kontinjen tetapi liabiliti ini biasanya dijamin melalui aset penjanaan tunai seperti PLUS.

Maju juga telah berjanji bahawa jika mereka berjaya, mereka akan membekukan semua kenaikan tol di lebuh raya milik PLUS sehingga hujung konsesi dan melaksanakan penambahbaikan infrastruktur termasuk menyalakan lampu di sepanjang lebuh raya.

Di samping itu, mereka akan menghapus hutang kerajaan yang sedia ada sebanyak RM900 juta kepada PLUS yang merupakan pampasan lepas kerana tidak meningkatkan kadar tol.

Memandangkan Maju sudah mengatakan mereka akan membekukan semua kenaikan tol, kerajaan juga tidak lagi perlu untuk membayar pampasan lagi – tidak seperti sebelum ini di mana kerajaan terpaksa membayar berbilion pampasan kepada PLUS ketika ia dimiliki oleh individu persendirian.

Walaupun mengetahui bahawa PLUS 51% dan 49% dimiliki oleh Khazanah dan KWSP sejak Najib mengarahkan untuk membeli semula PLUS daripada “kroni” swasta pada tahun 2010, Pakatan masih menuntut untuk membatalkan semua tol di lebuh raya PLUS.

Ini akan bermakna kerajaan dengan segera akan berhutang sejumlah RM30 bilion manakala KWSP tidak lagi akan menerima dividen daripada PLUS setiap tahun.

Apa yang anda fikir kerajaan patut lakukan?

a) Menerima tawaran Maju Holdings dan membekukan semua kadar tol PLUS sehingga penghujung konsesi. Khazanah dan KWSP akan membuat keuntungan besar sehingga RM6 bilion tetapi akan melepaskan dividen tahunannya pada masa akan datang.

b) Mengekalkan status quo dan membiarkan Khazanah dan KWSP menikmati dividen tahunan;

c) Batal semua tol di lebuh raya PLUS dan biarkan kerajaan menanggung kerugian RM30 bilion sementara Khazanah dan KWSP akan melepaskan dividennya; atau

d) Berikan PLUS kembali kepada kroni Mahathir bersama dengan perjanjian tol berat sebelahnya yang sebelum ini.

Yang mana satu pilihan anda? a, b, c atau d.

Setakat ini, KWSP telah mengatakan bahawa ia tidak mahu menerima tawaran Maju.

http://www.theedgemarkets.com/article/plus-receives-takeover-offer-maju-holdings

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 12 September 2017

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *