PAS Kelantan Bantah Pesta Arak

KOTA BHARU – PAS Kelantan membantah penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 6 Oktober depan.

Setiausahanya, Datuk Che Abdullah Mat Nawi, menyifatkan penganjur pesta berkenaan seolah-olah tidak sensitif terhadap masyarakat majoriti yang beragama Islam, lapor BH.

Katanya, bantahan itu bukan bermakna PAS tidak menghormati Malaysia sebagai sebuah negara majmuk kerana mereka bebas untuk minum minuman keras di rumah, namun pesta arak adalah berbeza.

“Kita tidak pernah halang mereka (bukan Islam) nak minum arak di rumah, namun jika mahu menganjurkan pesta arak, ia tidak sesuai memandangkan Islam adalah agama Persekutuan yang rakyat majoritinya beragama Islam.

“Justeru, penganjur program berkenaan perlu menghormati agama lain kerana banyak kesan negatif bakal berlaku kesan daripada penganjuran pesta terbabit.

“Sebagaimana PAS lakukan dengan membuat undang-undang untuk agama kita saja dan itu membuktikan kita menghormati agama lain,” katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini.

Program Better Beer Festival 2017 yang dijadualkan berlangsung pada 6 Oktober depan adalah anjuran sebuah syarikat pengedar bir.

Ia penganjuran kali ketiga selepas pertama kali diadakan pada 2012 dan kali kedua tahun lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *