Malaysia ‘Juara’ Guna WhatsApp

KUALA LUMPUR – Laporan The Digital News Report 2017 mendapati pengguna internet di Malaysia mencatatkan penggunaan aplikasi WhatsApp terbanyak di dunia iaitu 51 peratus bagi mendapatkan maklumat dan berkongsi cerita.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak­ berkata, menurut laporan itu juga, media sosial lain yang popular di Malaysia ialah Facebook iaitu sebanyak 58 peratus pengguna, YouTube (26 peratus) dan WeChat serta Instagram (masing-masing 13 peratus), lapor Kosmo.

Menurutnya, laporan itu turut menyatakan rakyat Malaysia mendapatkan berita menerusi media sosial sebanyak 86 peratus, bercetak (45 peratus), televisyen (54 peratus) dan radio (15 peratus).

“Selain itu, peranti utama yang digunakan adalah telefon pintar iaitu sebanyak 65 peratus, kompu­ter 45 peratus dan tablet 18 peratus,” katanya dalam catatan terbaru di laman blog www.sskeruak.blogspot.my semalam.

Salleh memberitahu, kajian lain yang dibuat oleh organisasi berbeza, TNS Global juga mendapati Malaysia adalah negara terbanyak menggunakan WhatsApp de­ngan jumlah 77 peratus, diikuti Facebook Messenger (41 peratus).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *