Mahathir Cemas Bila Dipanggil RCI?

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bakal dipanggil untuk memberikan keterangan di depan panel Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian berbilion ringgit yang dialami oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada sekitar awal tahun 90-an.

Peguam pemerhati yang mewakilinya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla ketika mengesahkan perkara itu berkata, beliau menerima sepina bagi pihak bekas Perdana Menteri kira-kira pukul 2.35 petang di pejabatnya di Kota Damansara.

Sepina itu yang dihantar oleh wakil daripada suruhanjaya menghendaki Mahathir hadir ke Mahkamah Rayuan 6, Istana Kehakiman di sini pada pukul 11 pagi.

Sudah pasti ia akan menjadi sesuatu yang menarik apatah lagi dalam keterangan saksi sebelum ini, Anwar Ibrahim, memberitahu bahawa beliau telah memaklumkan kepada Mahathir mengenai kerugian akibat urus niaga Forex tetapi beliau tidak memberikan sebarang arahan.

Begitu juga dengan kenyataan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Clifford Francis Herbert bahawa respon Mahathir adalah biasa dan berkata ‘kadang-kadang kita buat keuntungan dan kadang-kadang kita buat kerugian’ ketika dimaklumkan mengenai kerugian itu pada 1993.

Banyak persoalan yang timbul, kenapa Mahathir tidak bertindak di atas kerugian berkenaan yang lebih RM30 bilion?

Banyak perkara misteri berlaku dalam kerugian yang dialami oleh Forex ini. Kenapa tiada tindakan diambil walaupun kerugian itu diketahui.

Elok sangatlah kalau Mahathir dipanggil memberikan keterangan. Dulu sekitar 90-an, penasihat DAP, Lim Kit Siang berulang kali membangkitkan mengenai isu kehilangan wang dalam urus niaga Forexn dan beliau juga meminta supaya RCI ditubuhkan untuk menyiasat kehilangan berkenaan.

Kit Siang juga telah membangkitkan perkara itu di Parlimen pada 1994 dan sekali lagi pada 2006. Namun itu dulu, sekarang Kit Siang dan Mahathir sudah sepentas dan telah bekerjasama dengan Mahathir.

Apa pun, urus niaga Forex itu yang berlaku pada awal 90-an dilaporkan telah diluluskan oleh Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dengan sokongan Mahathir, seperti yang dilaporkan oleh The Edge pada 24 September 2012.

Perkara itu dijelaskan oleh Anwar yang ketika itu merupakan ketua pembangkang selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin ketika itu memaklumkan berdasarkan hansard Parlimen 1993, Kit Siang pernah meminta Anwar meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan ketika itu bagi mengambil tanggunjawab terhadap kerugian berkenaan.

“Sebagai Menteri Kewangan pada masa itu, saya telah mengarahkan urus niaga Forex dihentikan serta merta. Allahyarham Tan Sri Jaafar (bekas gabenor BNM) memberitahu saya bahawa urus niaga Forex dikendalikan oleh Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dengan kebenaran oleh Menteri Kewangan sebelum saya dan Perdana Menteri ketika itu. Pergi tanya mereka,” kata Anwar ketika berbahas di Parlimen.

Justeru, berdasarkan perkara itu, maka Mahathir perlu memberikan penjelasan mengenainya. Begitu juga dengan Tun Daim Zainuddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *