Alasan 5 Artis Korea Ini Nekad Bunuh Diri Sangat Mengejutkan

Menjadi selebriti memang tidaklah mudah. Persaingan ketat dalam dunia hiburan dan jadual sibuk sering membuat selebriti Korea Selatan berasa tertekan sehingga ada yang mengalami kemurungan.

Belum lagi jika kehidupan peribadi mereka dilanda masalah, pasti tahap emosi dan tekanan menjadi lebih tinggi.

Beberapa artis Korea ini nekad mengakhiri hidup mereka dengan cara membunuh diri kerana  merasa sudah tidak tahan menghadapi masalah.

Alasan di balik perbuatan nekad mereka ini cukup mengejutkan.

Dilaporkan oleh Grid.ID dari pelbagai sumber, ini adalah 5 artis Korea yang mati akibat bunuh diri dan alasan tragis di belakang kematiannya. Jangan tiru !

undefined
Kim Yuri

Kim Yuri adalah supermodel cantik Korea yang lahir pada tahun 1989.

Desas desus menyebutkan bahwa Kim Yuri sengaja minum racun untuk bunuh diri pada 2011.

Namun pihak polis menafikan khabar angin tersebut.

Jasad Kim Yuri ditemukan oleh polisi dalam keadaan tubuh yang sangat kurus.

Tingginya saat itu 177 cm dan berat badannya hanya 47 kg.

Dikhabarkan, Yuri terdesak bunuh diri kerana kemurungan yang teruk dengan tidak makan sama sekali.

2. Chae Dong Ha (2011)

undefined
Chae Dong Ha

Bekas anggota kumpulan idola SG Wannabe didapati mati dengan menggantung dirinya menggunakan tali leher di almari pakaiannya.

Idol yang dilahirkan pada tahun 1981 itu terdesak untuk mengakhiri perjalanan hidupnya kerana kemurungan teruk selepas kematian  pengurusnya.

Dua tahun sebelumnya, pengurusnya  Chae Dong Ha ditemui mati dengan menyedut gas toksik di bilik hotel.

Malangnya, kejadian bunuh diri Chae Dong Ha berlaku sebulan sebelum hari jadi ke-30.

3. Park Young Ha (2010)

undefined
Park Young Ha

Pelakon drama Winter Sonata Park Young Ha ini ditemui mati di Seoul.

Pelakon berusia 32 tahun itu nekad menggantung dirinya dengan kabel camcorder.

Park Young Ha melakukannya akibat kekecewaan kerana penyakit bapanya yang semakin kritikal.

Ayahnya menderita kanser perut.

Untuk menjaga ayahnya, Park Young Ha sanggup meninggalkan kerjaya yang cemerlang

Malangnya, Park Young Ha mati pada tahun 2010.

4. Jang Ja Yeon (2009)

undefined
Jang Ja Yeon

Siapa yang masih ingat dengan drama hits Boys Before Flowers?

Dalam drama ini, Jang Ja Yeon adalah pelakon baru yang memegang watak sebagai Sunny, salah seorang pelajar di sebuah sekolah.

Kematian tragisnya  menjadi bualan netizen.

Alasan bunuh diri Jang Ja Yeon kerana  tertekan setelah diperkosa sebanyak 100 kali oleh lebih 30 orang .

Setelah disiasat, mereka yang terlibat adalah golongan atasan dalam dunia hiburan yang memperkenalkan karier Jang Ja Yeon sebagai artis.

Jang Ja Yeon sempat meninggalkan 7 catatan dan surat wasiat yang menyatakan dirinya telah menjadi hamba seks  di balik takbir dunia hiburan.

5. Lee Eun Joo (2005)

undefined
Lee Eun Joo

Lee Eun Joo adalah aktris Korea yang meninggal dunia pada tahun 2005 .

Lee Eun Joo bunuh diri dengan cara memotong nadinya sendiri.

Keluarga Lee Eun Joo kemudian menyalahkan beberapa pihak kerana dianggap membuat anak mereka tertekan dan kemurungan.

Dikatakan, Lee Eun Joo sempat mengalami insomnia kerana merasa bersalah selepas melakukan adegan tanpa pakaian dalam film The Scarlet Letter.

Sebelum membunuh diri, Lee Eun Joo sempat menulis pesanan terakhirnya untuk ibunya yang ditulis dengan darahnya sendiri.

Dalam surat itu Lee Eun Joo memohon maaf dan rasa sayangnya terhadap keluarga.

Kesiannya artis Korea ini nekad membunuh diri kerana alasan pekerjaan dan masalah keluarga yang berat.

Sebaiknya, jika berdepan dengan tekanan, maka mereka perlu mencari bantuan dengan segera.

Membunu diri bukan jalan terbaik sebaliknya ditegas agama dan membawa lebih banyak penderitaan kepada mereka yang ditinggalkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *