7 Perkara Cabar Keberanian Di Night Of Fright 5

Night of Fright 5 kembali lagi. Jika anda seorang yang gemarkan cerita-cerita seram, pasti anda teruja untuk rasai sendiri debaran di Festival Of Fear di Sunway Lagoon bermula 7 sehingga 31 Oktober 2017.

Jika dahulu ia pernah mengemparkan tanah air dengan mengumpul ratusan ‘hantu’ dan berjaya menakutkan ramai pengunjung, kali ini Sunway Lagoon menjadi tuan rumah sekali lagi dan menjanjikan sesuatu yang lebih menyeramkan, lapor MH.

7 perkara ini bakal menguji keberanian anda di Night of Fright 5!

Di sini anda akan disajikan dengan empat persembahan pentas tarian daripada pelbagai jenis hantu yang menghiburkan dan mengerikan.

Terdapat 11 rides yang mengujakan dan mampu memacu adrenalinmu sepanjang malam.

Sementara itu, lapan jenis rumah hantu yang mampu buatkan bula roma anda tegak berdiri. Contoh seperti Pontianak vs Pocong, The Ghostbusters Adventure LIVE!, Zombie Apocalypse, Horrorwood Studios dan banyak lagi.

Alami pengalaman kematian di Days Of The Dead in UV3D apabila anda didedahkan dengan fenomena alam kematian yang cukup mengerikan.

Rasai seram sejuk berjalan sekitar rumah Mr. E.J. Bond Esquire yang menyimpan papan Oujia yang dipercayai boleh berinteraksi dan berkomunikasi bersama alam lain.

Anda juga boleh berimaginasi berada di sebuah pulau yang dipenuhi dengan ratusan anak patung yang dipercayai mampu mententeramkan roh kanak-kanak perempuan bernasib malang mati secara tragis di The Island Of The Dolls yang terletak di Mexico.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *