Video: Rogol Dan Liwat Anak – Bapa Durjana Dipenjara 48 Tahun, 24 Sebatan

PUTRAJAYA: Seorang bapa durjana yang meliwat anak perempuannya sehingga terkeluar najis setiap hari sepanjang enam bulan dan hanya berehat dua hari sebelum Ramadan lalu telah dihukum penjara 48 tahun dan 24 sebatan.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 36 tahun itu mengaku bersalah atas 623 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan seksual fizikal terhadap mangsa, tahun ini.

Kes didengar di Mahkamah Khas Jenayah Seksual Kanak-kanak. Pada 9 dan 10 Ogos lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa.

Bagaimanapun, tertuduh menukar pengakuannya pada 28 Ogos lalu.

One thought on “Video: Rogol Dan Liwat Anak – Bapa Durjana Dipenjara 48 Tahun, 24 Sebatan

  • September 8, 2017 at 3:38 pm
    Permalink

    Tak tahulah apa nak komen…..
    Binatang pun tak buat macam nie…!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *