Video: Rohingya-NGO Ditanya Kenapa Bantu Bangsa Tiada Adab?

KUALA LUMPUR – Kenapa kamu beria sangat mahu pertahan Rohingya, bangsa yang tiada adab? Itu antara persoalan mengejutkan yang ditanya kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Salam Rohingya kerana membela umat Islam Rohingya.

Menjawab soalan itu, pengerusi Salamm Rohingya, Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi berkata, adalah tidak wajar untuk menyalahkan bangsa Rohingya kerana mereka tidak berpelajaran dan tidak mengetahui mengenai banyak perkara.

“Kita nak harapkan mereka faham pasal adab dalam keadaan mereka sebegitu, sedangkan mereka kekurangan pendidikan dan hanya hidup untuk kemandirian mereka sahaja.

“Mereka hanya tahu kewujudan Allah tanpa tahu menunaikan solat, jangankan kita nak mereka tahu Rukun Islam dan Rukun Iman,” katanya pada sidang media di pejabat NGO Salam Rohingya hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *