Video: Jamal Gelar Azmin `Bapa Maksiat’ , Mahu Banteras Judi Di Selangor

AMPANG – Datuk Seri Jamal Md Yunos hari ini mencabar Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali untuk membatalkan lesen pusat maksiat dan judi di Selangor, yang didakwanya sebagai semakin berleluasa.

“Kita cabar Azmin Ali supaya tunjukkan kebenaran apa yang dia kata. Jangan cakap tak serupa bikin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Jamal yang merupakan pengerusi Gabungan NGO Malaysia melahirkan kebimbangan jika perkara itu dibiarkan berterusan  dan dikhuatiri golongan muda akan terpengaruh dengan perkara negatif itu.

Menurutnya, pusat mesin judi di Selangor tidak terkawal kerana kerajaan negeri mengeluarkan lesen pusat hiburan keluarga.

Pada sidang media itu juga yang diadakan pejabat Gabungan NGO Malaysia, Jamal turut menghayun penukul untuk memecahkan sebuah meja bagi menunjukkan tindakan yang akan diambilnya.

Berikut video sidang media Jamal. – Suara.TV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *