Lelaki Juga Saman Usher

Bukan hanya wanita, malah seorang lelaki turut memfailkan saman terhadap bintang R&B, Usher Raymond IV (Usher), diatas dakwaan menyebarkan penyakit kelamin iaitu herpes.

Usher dikatakan menghidap penyakit itu sekitar 2009 hingga 2010 namun tidak pernah mendedahkan status penyakitnya sewaktu melakukan hubungan kelamin dengan individu berkenaan.

Menurut laporan People, masalah peribadi yang menjadi rahsia buat pelantun You Make Me Wanna itu terbongkar apabila dia cuba menyelesaikan saman yang difailkan seorang jurugaya wanita pada 2012 dengan jumlah pampasan AS$1.1 juta (RM4.72 juta) Julai lalu.

Menerusi saman yang difailkan, Usher didakwa mempunyai herpes sekitar 2009 atau 2010 dan gagal memaklumkan perkara itu kepadanya ketika mereka mengadakan hubungan seks.

Mengukuhkan dakwaan wanita berkenaan, Usher dilaporkan pernah membiayai bil perubatan mangsa selepas dia disahkan menghidap herpes pada 2012.

Malang terus menimpa Usher, apabila tiga lagi individu termasuk seorang lelaki mengemukakan saman di atas dakwaan yang sama.

Penyebaran berita ini membuatkan Usher menerima kecaman daripada pelbagai pihak. Bahkan ada peminat menyuarakan perasaan hampa sebaik mendengar perkhabaran ini kerana tidak menyangka idola mereka itu mengamalkan kehidupan biseksual selepas ‘John Doe’ mendakwa dijangkiti herpes selepas mengadakan seks oral dengan bintang terkenal itu.

Dalam kertas dakwaan terhadap Usher, dua wanita turut mengakui mereka melakukan hubungan seks tanpa perlindungan kerana tidak mengetahui penghibur terkemuka itu menghidap penyakit kelamin. Dua individu berkenaan adalah Quantasia Sharpton, manakala seorang lagi dikenali sebagai ‘Jane Doe’.

Ketiga-tiga mangsa memfailkan saman terhadap usher pada awal Ogos lalu dan mereka diwakili peguam yang sama, Lisa Bloom.

Sementara itu, dalam kehangatan kontroversi yang melanda dirinya, Usher bagaikan tidak terkesan dan terus sibuk dengan rencana muziknya untuk rakaman album terbaru.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *