Menara 92 Tingkat TRX Sudah Naik, Tuduhan 1MDB Tiada Duit Terbukti Palsu

Dari jarak jauh, struktur binaan Menara Signature yang akan mencabar ketinggian Menara Berkembar Petronas (KLCC) dengan ketinggian 92 tingkat sudah kelihatan terbina di Tun Razak Exchange (TRX), bersebelahan Jalan Tun Razak.

Berkongsi perjalanan pembangunan TRX di laman Facebooknya, Timbalan Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BNSC) Datuk Eric See-To menunjukkan skala pembangunan tapak tanah TRX luas berbanding kawasan sekitarnya.

“Dengan membandingkan saiznya dengan kawasan sekeliling anda akan sedar betapa besarnya projek ini.

“Menara Signature setinggi 92 tingkat dijangka lebih tinggi berbanding KLCC dan nampaknya projek ini dijangka boleh disiapkan pada tarikh ditetapkan pada 2018.

“Masih ramai yang salah anggap bahawa TRX projek 1MDB tiada perkembangan “terbengkalai” sepertimana mereka percaya akan propaganda bahawa 1MDB tidak membina apa-apa,” ujarnya.

1MDB dengan modal RM1 juta diberikan kerajaan persekutuan melakukan pelaburan terhadap teknologi kuasa disamping diberikan kebenaran untuk membangunkan dua tanah di ibu kota Kuala Lumpur.

Tapak berkenaan adalah tanah TRX serta tanah Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sungai Besi yang akan ditransformasikan sebagai Bandar Malaysia.

Menerusi perjanjian mengambil tanah Pangkalan Udara (PU) TUDM Sungai Besi, 1MDB menerusi pemajunya, TRX City Sdn Bhd juga ditugaskan untuk menaiktaraf lapan PU TUDM.

Tiga daripada lapan PU; PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth (Pulau Pinang) dan PU Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh telahpun siap dinaiktaraf.

Kata Eric, sebuah lagi PU TUDM, PU Sendayan yang bakal menjadi pangkalan tentera terbesar dengan keluasan 303.5 hektar di Negeri Sembilan kini sudah 70% siap. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *