Mahathir Kata Nothing To Hide, Tapi Laporan Forex Tahun 1990-an Letak Bawah OSA

Slogan ‘Nothing To Hide’ dilaungkan Tun Dr Mahathir Mohamad serta kecaman terhadap tahap kerahsiaan laporan 1MDB berbalik kepada dirinya ekoran bekas Perdana Menteri itu sendiri meletakkan laporan forex Bank Negara Malaysia (BNM) dibawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Ianya didedahkan selepas permintaan Peguam BNM, Datuk Tan Hock Chuan meminta Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) menyiasat kerugian dagangan mata wang asing bank pusat itu dijalankan secara tertutup.

Kata Hock Chuan, beberapa dokumen melibatkan siasatan diletakkan dibawah OSA akan membabitkan beberapa saksi yang tidak diberikan imuniti dan boleh didakwa pada masa hadapan.

“Dua saksi dari BNM tidak mempunyai imuniti bagi tindakan jenayah melanggar OSA,” kata Hock Chuan yang mencadangkan siasatan dilakukan secara tertutup tanpa kehadiran pengamal media.

Pengerusi RCI, Tan Sri Mohd Sidek Hasan walaubagaimanapun tidak bersetuju dengan cadangan Hock Seng dan mahu siasatan dilakukan secara terbuka di Istana Kehakiman, Putrajaya.

“Ini adalah siasatan, tiada siapa yang dibicarakan. Saya diberitahu bahawa ini adalah siasatan, bukan perbicaraan. Kita ditugaskan oleh Agong untuk melaksanakan tugas ini.

“Saya diberitahu dibawah Akta ini, pesuruhjaya mempunyai kuasa… justeru bermula sekarang saya akan meneruskan siasatan tanpa menangguhkanya,” kata Mohd Sidek dipetik Malay Mail Online.

Lapor Malay Mail Online, siasatan pada jam 9 pagi tadi dimulakan dengan kenyataan oleh dua bekas pegawai BNM, Datuk Ahmad Hizzad Baruddin dan Abdul Aziz Abdul Manap.

Selain Mohd Sidek, turut serta menganggotai RCI forex BNM termasuk; Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Kamaludin Md. Said; Ketua Pegawai Eksekutif, Bursa Malaysia Bhd., Datuk Seri Tajuddin Atan; dan Ahli Institut Akauntan Malaysia, K. Pushpanathan.

Dr Mahathir tidak hadir pada sidang hari ini dan diwakili oleh peguamnya, Mohamed Haniff Khatri Abdulla.

Haniff meminta salinan kenyataan saksi tetapi ditolak oleh Mohd Sidek.

Dr Mahathir sebelum ini mengkritik tindakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memasukkan sebahagian laporan 1MDB dibawah OSA dan menuduh kerajaan merahsiakan isu berkenaan untuk menyelamatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dakwaan berkenaan diulangi Dr Mahathir dalam siri ceramah dan posting di blognya walaupun PAC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Peguam Negara serta Bank Negara tidak mendapati sebarang salah laku oleh Najib.

“Tun M letakkan skandal BNM dibawah OSA? Ohhh.

“Nothing2hide (tiada apa nak disembunyikan), kan? Adakah ini sebab Tun M cuba menggunakan mahkamah untuk menanggungkan pendengaran RCI sebanyak tiga kali?” soal blogger Lim Sian See ringkas. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *