GST Akan Ditambah Baik

KUALA LUMPUR – Cukai Barangan dan Perkhidmatan, GST tidak akan dihapuskan. 

Sebaliknya, kerajaan akan menambah baik kelemahan dalam pelaksanaan GST yang diperkenalkan sejak 1 April 2015, seperti lapor RTM.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan, antara cadangan penambahbaikan adalah memperketat aspek penguatkuasaan bagi mengesan peniaga yang cuba mengelak daripada membayar GST. 

Menurut beliau, penambahbaikan sistem GST akan memberi manafaat maksimum bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada pelaksanan projek pembangunan yang menguntungkan rakyat. 

Datuk Seri Johari menyatakan demikian selepas merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Lembah Pantai di ibu negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *