KPDNKK Beri Amaran Letak Harga Dengan Jelas Semasa Promosi Jualan Murah

SEMUA peniaga diingatkan tidak melakukan sebarang penipuan atau cuba mengelirukan orang ramai ketika mengadakan jualan murah.

Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata, untuk mengadakan promosi jualan murah, semua peniaga perlu mematuhi undang-undang ditetapkan.

“Semua peniaga yang mahu mengadakan jualan murah perlu menghantar notis kepada kementerian dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh tawaran diadakan.

“Mereka juga perlu memberitahu jumlah potongan harga diberikan supaya pelanggan boleh mengetahui jelas harga asal sesuatu barangan itu,” katanya ketika memberitahu Sin Chew Daily.

Beliau menegaskan, peniaga perlu mempamerkan harga asal barangan yang dijual dengan jujur tanpa cuba menipu ataupun mengelirukan pelanggan.

Isnin lalu, KPDNKK Selangor mematahkan cubaan penipuan harga dalam satu jualan murah di sebuah pasar raya terkemuka di Seri Kembangan, selepas menerima aduan pengguna mengenai harga set cadar mengelirukan.

Roslan menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan kepada KPDNKK sekiranya mengesyaki ada peniaga cuba melakukan penipuan semasa mengadakan jualan murah.
– Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *