Kerajaan Terus Sokong Projek PR1MA – PM

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan kerajaan di bawah pimpinannya akan terus memberi sokongan kepada projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) bagi mencapai visi membentuk komuniti berkualiti.

Menurutnya, idea penubuhan PR1MA bukan sekadar untuk membina rumah sahaja, tetapi juga rumah yang dimiliki rakyat itu adalah berkualiti dan dibina dalam komuniti berkualiti dengan harga lebih rendah daripada pasaran, lapor Bernama.

“Sebagai contoh, projek PR1MA di Kuala Ketil, Kedah, bernilai RM235,000 seunit sedangkan harga rumah yang kurang berkualiti di seberang jalan RM295,000. Beza RM60,000. Ini contoh terbaik kejayaan PR1MA, ramai yang mampu miliki rumah kerana projek PR1MA,” katanya pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama Rakan Bumiputera PR1MA.

Datuk Seri Najib yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan juga memberi jaminan bahawa agenda Bumiputera akan terus menjadi bahagian penting daripada program PR1MA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *