Industri Aeroangkasa Malaysia Dijangka Menarik RM1 Bilion Pelaburan Baharu

KUALA LUMPUR – Industri aeroangkasa Malaysia dijangka menarik 1 bilion ringgit pelaburan baharu tahun ini. 

Memetik laporan RTM, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pelaburan ini dijangka mewujudkan sekitar 800 peluang pekerjaan baharu. 

Tahun lalu, pelaburan yang diluluskan bagi industri aeroangkasa berjumlah 1.6 bilion ringgit. 

Terdapat lebih 200 syarikat berkaitan aeroangkasa termasuk syarikat multinasional beroperasi di negara ini, antaranya Airbus Group, Spirit Aerosystems, Safran Landing Systems dan Honeywell Aerospace Avionics. 

Eksport industri itu pula berjumlah 5.5 bilion ringgit pada 2016, sebahagian besar adalah bagi peralatan dan komponen aeroangkasa. 

Beliau bercakap pada sidang media sidang Kemuncak Aeroangkasa Malaysia 2017 di ibu negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *