Erma Fatima dan Bade Azmi Bercerai Talak Satu

AMPANG – Setelah 27 tahun mendirikan rumah tangga pengarah terkenal Bade Azmi melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya pengarah dan pelakon Erma Fatima kira-kira pukul 11.35 pagi, Khamis.

Bade atau nama sebenarnya Badaruddin Azmi, 53, melafazkan cerai dihadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, pada Khamis.

Bade hadir secara berasingan menaiki motosikal kira-kira pukul 10.30 pagi.

Manakala Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad, 49, berjubah hitam tiba di mahkamah pukul 11 pagi bersama adiknya Betty Rahmad.

Bade selaku plaintif kes itu memfailkan permohonan bercerai pada 10 Ogos mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Erma diwakili peguam Datuk Jamal Mohd Lokman Sulaiman sementara Bade tidak diwakili peguam.

Bade dan Erma bernikah pada 30 November 1991.

Mereka mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 24, Ahmad Arir, 22, Ahmad Aifin, 20, Citra, 15, dan Nurain, 11.

Bagaimanapun pada awal 2014, Bade telah berkahwin dengan wanita bernama Aida berasal dari Pahang.

Hasil perkahwinan tersebut pasangan dikurniakan dua cahaya mata.

Pada tahun 2015, Erma pernah menfailkan perceraian namun menarik balik permohonan tersebut selepas kedua-duanya mengaku masih saling sayang menyayangi. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *