21 Ketua Kumpulan Dadah Tumpas

MANILA – Polis Filipina membunuh sekurang-kurangnya 21 orang dalam beberapa siri serbuan antidadah, hari ini.

Menurut AFP, tindakan itu adalah susulan daripada misi Presiden Rodrigo Duterte memerangi skandal dadah di negara berkenaan sejak mengambil kuasa, tahun lalu, lapor BH.

Serbuan semalaman itu merakamkan angka kematian tertinggi sejak 16 dibunuh, termasuk seorang datuk bandar di bandar raya, bahagian selatan pada 30 Julai lalu.

Rekod polis dari wilayah Bulacan menyebut 26 operasi antidadah dilancarkan di 12 bandar dan bandar raya sehingga 21 ketua kumpulan dadah berjaya dibunuh.

Difahamkan, serbuan itu juga menyaksikan 64 suspek ditahan, termasuk rampasan 21 senjata api dan 100 gram methamphetamine atau syabu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *