Peminat Mahu Syafiq Farhain Mengalah, Berdamai Dengan Saleem

Hubungan dingin di antara penyanyi baru, Syafiq Farhain dan bapanya, vokalis kumpulan Iklim Saleem menjadi kontroversi sejak akhir-akhir ini.

Ketegangan bermula apabila Saleem meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan sebuah syarikat rakaman (bersama Syafiq) yang menggunakan namanya dan menganggap perkara tersebut menganggu periuk nasinya sebagai seorang penyanyi yang masih aktif.

Menerusi mStar, isteri Saleem iaitu Julia Bachok turut menjelaskan terdapat perselisihan faham antara penyanyi lagu Suci Dalam Debu itu dengan anaknya Syafiq Farhain sejak beberapa tahun lalu yang belum diselesaikan secara baik.

Julia tampil membela suaminya, Saleem yang dikritik orang ramai kerana tindakannya tidak membenarkan anaknya Syafiq menggunakan nama dan menyanyikan lagu-lagunya.

Bagaimanapun menurut Julia, sebagai anak, Syafiq sepatutnya datang meminta maaf kepada suaminya itu atas apa yang pernah dilakukannya dahulu sehingga membuatkan Saleem terguris hati, lapor Gempak.

Sementara itu, pelayar laman sosial turut mendoakan agar hubungan Saleem dan Syafiq kembali pulih sekali gus menasihati Syafiq supaya mengalah kepada bapanya sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *