Kes Isa Samad Jadi Tumpuan Ramai

PUTRAJAYA – Perkarangan Mahkamah Majistret di sini, pagi ini dipenuhi wakil media dan orang awam yang ingin mengikuti prosiding permohonan reman terhadap bekas pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad.

Isa tiba jam 9.08 pagi dengan diiring pegawai SPRM. Turut kelihatan isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid dan beberapa peguam.

Isa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam, bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London dan Kuching, Sarawak.

SPRM dijangka memohon perintah reman terhadap Isa bagi membantu siasatan berhubung pembelian hotel berkenaan. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *