13 Peserta Nothing To Hide 2.0 Ditahan – KPN

TIGA BELAS orang sudah ditahan sehingga hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan pada program Nothing to Hide 2.0 di Shah Alam, Ahad lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, 13 orang itu ditahan atas kesalahan membuat kekecohan termasuk membaling mercun, suar dan kerusi pada hari kejadian.

“Selepas ini, kami akan memanggil penganjur pula yang gagal mematuhi 10 syarat mengikut Seksyen 25 Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Penganjur sepatutnya bertanggungjawab untuk menjaga keamanan sepanjang majlis itu berlangsung dan jangan ingat mereka boleh terlepas dengan menyalahkan polis yang didakwa gagal mengawal keadaan, ” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) di Mess Pegawai Kanan Bukit Aman di Kuala Lumpur, hari ini.

Program Nothing To Hide 2.0 yang berlangsung di Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Ahad lalu dicemari dengan insiden balingan suar dan kerusi. – Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *