Video : Orang Korea Juga Teruja Lagu I Am Me

Lagu nyanyian usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Vida yang bertajuk I Am Me juga diminati oleh orang Korea.

Lagu yang telah menjadi siulan ramai ini telah dinyanyikan semula dalam pelbagai jenis versi.

Terbaru, tular video yang merakamkan beberapa individu yang berasal dari Korea sedang mendengar lagu I Am Me dan kelihatan mereka sangat teruja dengan lagu tersebut.

Dalam video itu mereka turut menyanyikan lagu tersebut dan kita yang melihat juga merasa seronok untuk ikut menyanyi.

Salah seorang individu dalam video tersebut menyatakan bahawa lagu ini membuatkan dirinya ingin menari dan ada juga yang ingin mengikut langkah tarian yang ditarikan oleh Vida.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah apabila mereka mengikut trademark Vida dengan meletakkan dua jari di pipi kiri dan kanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *