Video: Nothing2Hide Panas, Mahathir Tak Jawab Soalan Kes Liwat Anwar

SHAH ALAM – Program Nothing To Hide 2.0 nyata tidak mencapai objektifnya dalam menjawab sebarang bentuk soalan tanpa berselindung selepas satu soalan daripada penonton tidak di jawab secara terus.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad sebaliknya berkata tidak mahu mengungkit kembali persengketaannya bersama Anwar Ibrahim.

“Itu adalah perkara lama, kalau kita ungkit perkara lama.

“Tetapi ini hanya akan memecahbelahkan kita… kalau kita nak menang jangan soal tentang perselisihan faham antara kita,”katanya ketika menjawab soalan tersebut.

Namun jawapan tersebut tidak dapat memuaskan hati pengaju soalan kerana ia nyata tidak menyawab sebarang soalan yang dilontarkan.

“Tun ini adalah program nothing to hide tun.. jawab!”ujarnya.

Soalan mengenai sejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah bersengketa ketika dahulu mencetuskan suasana yang agak panas dalam Program Nothing To Hide 2.0 hari ini.

Soalan peserta yang mahukan jawapan Mahathir berhubung dakwaan Anwar seorang peliwat ‘adakah benar atau hanya satu konspirasi politik’ telah mewujudkan suasana panas sehingga mencetuskan pekikan suara daripada para audiens yang lain.

“Saya nak Tun Dr Mahathir jawab dalam program ini berhubung dakwaan ini, sesuai dalam program ini iaitu ‘Nothing To Hide’,” ujar peserta berkenaan.

Menjawab kepada soalan itu, Mahathir dengan selamba berkata isu itu tidak berbangkit kerana Anwar sendiri tidak lagi bercakap berhubung dakwaan itu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *