Sudah Ada Isteri Cantik, Datuk Bandar Masih Terheret Skandal Dengan Model Seksi

Kehidupan rumah tangga Datuk Bandar Kensidi di Jawa Timur, Adriatma Dwi Putra kini  goyah selepas beliau dilaporkan mempunyai skandal dengan seorang model cantik dan `hot’ dikenali sebagai Destiara Talita.

Model yang lebih mesra dengan panggilan Tata ini mengaku sudah beberapa kali ditiduri oleh Adriatma dan telah dijanjikan untuk menikahinya pada Jun lalu.

Namun sehingga kini perkahwinan itu masih belum berlaku. Mereka dilaporkan menjalin hubungan sejak 2016.

Destiara Talita

Ketika Tata menagih janji tersebut, Adriatma telah memarahinya dengan mengeluarkan sumpah seranah dan memanggil Tata sebagai pelacur dan orang miskin.

Ia menyebabkan Tata membuat laporan polis pada 8 Ogos lalu.

Pengakuan Tata itu tentunya mengejutkan banyak pihak kerana Adriatma sendiri mempunyai seorang isteri yang tidak kalah cantiknya dan keluarganya juga dipandang mulia di Sulawesi Tenggara.

Bapa Adriatma sendiri adalah bekas datuk bandar di Kendari selama dua penggal.

Manakala isteri Adriatma iaitu Siska Karina Imran juga berasal dari keluarga ternama dan merupakan seorang doktor. Mereka berkahwin pada Julai 2016.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *