Skandal Telur Tercemar Merebak Ke Asia

BRUSSELS – Skandal telur tercemar dengan racun serangga merebak di 15 negara Kesatuan Eropah (EU) dan Switzerland, malah sudah sampai ke Hong Kong semalam.

Menurut AFP, berikutan penularan skandal itu, Suruhanjaya Eropah menggesa mesyuarat khas diadakan bagi menangani krisis itu.

Menteri dan ketua keselamatan makanan seluruh EU dijangka bertemu pada 26 September ini dalam usaha menghentikan negara anggota daripada menyalahkan dan memalukan antara satu sama lain berhubung skandal membabitkan kimia fipronil itu.

Jutaan telur ditarik balik dari pasar raya seluruh Eropah dan puluhan ladang ternakan ditutup sejak penemuan fipronol, yang membahayakan kesihatan manusia, diumumkan pada 1 Ogos lalu, lapor BH.

Isu itu mencetuskan perbalahan antara Belgium, Belanda dan Jerman, tiga negara yang menjadi tumpuan krisis, mengenai sudah berapa lama mereka tahu mengenai masalah itu.

“Menyalahkan dan memalukan tidak membawa kita ke mana dan saya mahu hentikan semua ini.

“Kita perlu bekerjasama untuk mempelajari sesuatu dan terus bergerak,” kata Pesuruhjaya Eropah bagi kesihatan dan keselamatan makanan, Vytenis Andriukaitis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *