Mat Saleh Dikecam Kata Air Cincau Minuman Paling Teruk Di Dunia

Seorang Mat Saleh dikecam netizen kerana telah Tweet dengan melabelkan air cincau sebagai minuman paling teruk di dunia.

Tweet Mat saleh yang dikenali sebagai Driftor itu menjadi Trending di laman mikro Twitter kerana dia juga Merupakan Youtuber popular dan mempunyai seramai 259K pengikut.

Malah, khabarnya seorang individu yang mempunyai 1.04M pengikut juga telah menviralkan tweetnya.

‘Never drink this. Its the worst drink on the planet.”

Menerusi kenyataan itu, Driftor telah mendapat kecaman dari pengguna Twitter terutamanya rakyat Malaysia.

Dalam posting berkenaan, dia turut memuat naik sekali lagi posting tersebut setelah dikecam dan menerima komen sinis, berbaur provokasi serta rasis.

“Today’s video is about the ridiculous situation that resulted from this tweet. It is also a discussion about Racism vs. Prejudice.”

Selain itu, dia juga terkejut kerana mendapat kecaman yang keterlaluan disebabkan ‘cincau’ dan diviralkan oleh portal-portal website di Malaysia dan singapura.

Malah ada juga netizen menasihati lelaki ini supaya tidak perlu mengumumkan tentang pandangannya terhadap minuman berkenaan kerana ia sebagai menghormati kegemaran orang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *