Dr Mahathir Perlu Benarkan SPRM Siasat Aset Sendiri, Anak Kata Tajuddin

PEKAN – Tun Dr Mahathir Mohamad perlu membenarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat aset beliau dan anak-anak sekiranya benar tidak melakukan kesalahan sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

“Jika tidak ada masalah atau kesalahan yang dilakukan, terutamanya sepanjang tempoh mentadbir urus negara, jangan takut dan biar SPRM melakukan siasatan… Mahathir perlu terbuka.

“Berani kerana benar, takut kerana salah dan kalau kita berani mencabar orang kita mesti berani untuk dicabar,” katanya,lapor Bernama.

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata beliau sedia disiasat SPRM berhubung tuduhan memiliki wang sebanyak RM230 juta yang dilemparkan Dr Mahathir.

Menurut Ahmad Zahid, beliau rela disiasat demi membetulkan apa yang disifatkannya sebagai satu pembohongan besar namun pada masa SPRM perlu turut menyiasat kekayaan yang dimiliki bekas perdana menteri itu dan anak-anaknya.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata adalah tidak adil sekiranya Ahmad Zahid sahaja bersedia disiasat SPRM tetapi Dr Mahathir enggan berbuat demikian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *