36 Orang Terbunuh ,13 Cedera Bas Rempuh Tembok Terowong

Beijing- Sekurang-kurangnya 36 orang terbunuh dan 13 cedera apabila sebuah bas yang sesak merempuh tembok terowong sebuah lebuh raya di utara China.

Kejadian berlaku di terowong Qinling di Ankang, sebuah bandar di wilayah Shaanxi lewat malam kelmarin.

Gambar yang disiarkan agensi berita Xinhua menunjukkan bahagian depan bas itu remuk teruk. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada kejadian itu berlaku di dalam atau di luar terowong.

Bas berkenaan dilapor berlepas dari Chengdu di barat daya Sichuan untuk perjalanan ke Luoyang, bandar di tengah wilayah Shaanxi dengan membawa 49 penumpang, termasuk dua kanak-kanak.

Kemalangan jalan raya sering berlaku di China kerana pengguna jarang mematuhi peraturan trafik.

Pada 2015 sahaja lebih 180,000 kemalangan jalan raya dilaporkan, membabitkan 50,000 kematian.

Bulan lalu, 11 orang mati dan sembilan cedera apabila sebuah bas membawa 19 penumpang bertembung dengan lori di lebuh raya di Hebei, wilayah di utara China. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *