Video : Pengunjung Terkejut Tornado ‘Dust Devil’ Berlaku Di Pantai

Seorang wanita sempat merakamkan fenomena tornado kecil yang melanda pantai Riviera Perancis di Antibes, Perancis, pada Khamis.

Menerusi rakaman video tersebut, kelihatan barang-barang milik pengunjung diterbangkan angin.

Menurut ABC, fenomena yang dipanggil ‘dust devil’ itu berlangsung beberapa saat sahaja bagaimanapun ia telah menyebabkan huru-hara di kalangan pengunjung pantai.

Kebanyakan mereka bergegas mengambil barang-barang bagi mengelakkan ditarik oleh angin yang kuat.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *