Juara Bina Badan Maut Selepas Lompatan Backflip Tidak Menjadi

Jaguh bina badan Afrika Selatan, Sifiso Lungelo Thabete, maut selepas mengalami kecederaan parah ketika cuba melakukan lompatan ke belakang atau backflip.

Lompatan yang tidak menjadi itu mengakibatkan Sifiso, 23, patah leher. Dia disahkan meninggal dunia selepas tiba di hospital.

Aksi itu dilakukan ketika dia sedang memanaskan badan. Pihak berkuasa percaya Sifiso tergelincir disebabkan dia memakai stokin dan tidak dapat mengimbangkan badan.

Dia sebelum ini dilaporkan mempunyai potensi cerah dalam bidang berkenaan dan pernah menjadi juara bina badan junior dunia bagi kategori bawah 75kg.

Susulan kematiannya itu, persatuan bina badan melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan tragedi yang melanda Sifiso.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *