Video : Hawaii Negeri Pertama AS Buat Persiapan Serangan Nuklear Korea Utara

Hawai merupakan negeri pertama Amerika Syarikat yang membuat persiapan sekiranya Korea Utara mulakan serangan nuklear.

Menurut CNN, sekiranya negara itu (Korea Utara) melancarkan peluru berpandu, masyarakat Hawaii mempunyai masa kira-kira 15 minit untuk mempersiapkan perlindungan mereka.

Terdahulu, Korea Utara semalam berkata, ia menimbang rancangan untuk melancarkan serangan misil terhadap Guam, wilayah Amerika Syarikat di Pasifik.

Pyongyang berkata demikian beberapa jam selepas Presiden Donald Trump memberi amaran kepada negara itu bahawa sebarang ancaman terhadap Amerika Syarikat akan dibalas dengan serangan habis-habisan.

Peningkatan ketegangan itu menjejaskan pasaran kewangan antarabangsa.

Korea Utara berkata, ia sedang mengkaji dengan teliti rancangan untuk menyerang Guam yang didiami kira-kira 163,000 orang dan mempunyai pangkalan tentera Amerika, termasuk sebuah skuadron kapal selam, pangkalan udara dan pasukan Pengawal Pantai.

Jurucakap Tentera Rakyat Korea berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan agensi berita KCNA, rancangan itu akan disiapkan pada bila-bila masa sebaik pemimpin negara itu Kim Jung Un membuat keputusan.

Gabenor Guam, Eddie Calvo, menolak ancaman itu dan berkata, pulau berkenaan bersedia untuk berdepan dengan sebarang kemungkinan.

Menurutnya, dia sudah berbincang dengan Rumah Putih dan tidak ada perubahan mengenai tahap ancaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *