Adakah Clare Brown Mahu Buktikan Mahkamah London Juga Korup?

Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown telah diberikan tempoh 21 hari untuk membuat pembelaan awal berhubung saman yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang susulan fitnah bahawa wang sebanyak RM90 juta dimasukkan ke akaun pemimpin atasan PAS sebagai usaha Datuk Seri Najib Razak “menarik” kepimpinan parti Islam itu menyokong Barisan Nasional dan UMNO.

Keputusan itu dibuat pada 2 Ogos lalu dan masuk hari ini iaitu 10 Ogos, maka tempoh baki tempoh yang ada adalah 12 hari sahaja lagi.

Apa yang pasti ia merupakan kemenangan peringkat pertama terhadap Hadi.

Clare sebelum ini mendakwa beliau gagal membawa kes saman terhadap Hadi di Malaysia dengan menuduh badan kehakiman, Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri adalah mengamalkan rasuah dan bersekongkol dengan Hadi.

Malangnya tuduhan itu tiada bukti lalu ditolak oleh mahkamah kerana mana mungkin Clare membuat tuduhan terhadap sebuah negara berdaulat mengamalkan rasuah tanpa sebarang bukti.

Atas sebab itulah maka hakim telah menolak dakwaan tidak berasas dan langsung tidak munasabah yang dibuat oleh Clare terhadap kerajaan Malaysia dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bukan itu sahaja, mahkamah juga telah mengarahkan Brown membayar 2/3 dari kos yang terlibat di mana “mesti membayar £15,000 (hampir RM84,000) terhadap kos prosiding oleh Hadi.

Mungkin selepas ini Clare akan cuba membuktikan pula bahawa mahkamah di United Kingdom (UK) telah korup kerana membuat keputusan berkenaan iaitu satu keputusan yang tidak menyebelahinya.

Mungkin beliau juga akan menyatakan bahawa mahkamah di UK telah menerima `dedak’ dan dibeli oleh Najib, iaitu satu tuduhan yang selama ini dimainkan dalam portalnya.

Sarawak Report ini suka melaga-lagakan banyak pihak dengan membuat cerita bohong dan membuat tuduhan tanpa bukti dan berbelit-belit. Apa yang pasti, ia hanya memalukan nama Sarawak sahaja, patutnya portal itu ditukar kepada nama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *