Mahfuz Omar Yang Memalukan, Nak Masuk PAN Atau PPBM?

Nampaknya pertemuan antara Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan beberapa pemimpin PAS lain bersama dengan Presiden syarikat `1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy tidak disenangi oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Mahfuz mempersoalkan kenyataan Tuan Ibrahim pada Isnin bahawa beliau berpuas hati dengan pelan penyelesaian dan pemulihan syarikat berkenaan.

Beliau turut memperlekehkan Tuan Ibrahim seolah-olah Timbalan Presiden PAS itu tidak faham dengan rasionalisasi hutan 1MDB berkenaan.

Entah kenapa Mahfuz pula yang `panas’ sedangkan bukan beliau yang bertemu dengan Arul sebaliknya Tuan Ibrahim yang bertentang mata dengan presiden 1MDB dan sudah pasti banyak soalan yang telah dikemukakan oleh beliau kepada Arul.

Takkanlah Tuan Ibrahim tidak faham kerana selama ini di kalangan pemimpin PAS, beliau yang paling lantang bersuara mengenai 1MDB, justeru selepas mendapat penjelasan dan penerangan selanjutnya daripada Arul, maka beliau boleh menerimanya.

Inilah yang dinamakan sebagai politik matang. Tidak seperti Mahfuz yang selama ini kerap mengkritik pucuk pimpinan dan parti sendiri.

Mahfuz sendiri tidak menghadiri muktamar yang diadakan di Kedah tahun ini dan kedudukannya dalam PAS sendiri dipersoalkan kerana beliau lebih dekat dengan parti serpihan PAS iaitu PAN.

Tetapi ada kala pula, Mahfuz hadir dalam program anjuran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM). Mana satu yang hendak dipilih oleh Mahfuz ini?

Daripada beliau sering mengkritik pemimpin PAS, lebih baik beliau keluar sahaja dari parti itu. Mahfuz pun tidak dialu-alukan oleh segelintir pemimpas dalam PAS sendiri kerana sikapnya itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menasihatkan beliau supaya keluar parti.

“Seelok-eloknya dia yang keluar, daripada jadi macam sekarang ini, tidak tahu ke mana, duduk dalam PAS tapi serang PAS. Kritik PAS, baik dia isytihar keluar, buat apa duduk lama-lama dalam PAS,” kata Mohd Amar sebelum ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *