DAP Tak Puas Hati Bila PAS Terima Penjelasan 1MDB

Seorang pemimpin DAP, Chong Chieng Jen yang juga pengerusi DAP Sarawak tidak berpuas hati apabila PAS menerima penjelasan yang diberikan oleh presiden dan pengarah eksekutif syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Arul Kanda Kandasamy, beberapa hari lalu.

Dek kerana tidak puas hati itu, maka Chong menuduh PAS sebagai `cawangan UMNO’. Pemimpin DAP ini tidak boleh menerima hakikat bahawa PAS menerima penjelasan 1MDB kerana DAP dan pembangkang lain mahu isu 1MDB terus diperkatakan.

“Nampaknya PAS sudah jadi cawangan Umno. Mereka memuji 1MDB,” katanya di Dewan Rakyat disambut kritikan daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Macam-macam tuduhan diberikan kepada PAS hanya kerana PAS menerima penjelasan Arul berhubung pelan rasionalisasi syarikat berkenaan.

DAP perlu sedar, mereka tidak boleh mengawal apa yang PAS mahu lakukan. PAS bukan lagi rakan gabungan dalam Pakatan Harapan.

PAS kini tidak lagi `beri muka’ kepada DAP, yang pernah mengkhianatinya suatu masa lalu. Mungkin dulu ketika berada di atas pentas yang sama, PAS terikat dengan persefahaman dan perjanjian tetapi kini PAS sudah bebas.

Justeru terpulanglah kepada PAS untuk menentukan pendiriannya tanpa dipengaruhi oleh DAP. DAP boleh menjadi `abang besar’ dalam Pakatan Harapan tetapi ia tidak boleh lagi mempengaruhi PAS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *