Kisah Model Seksi Diculik Mafia Untuk Dijadikan Hamba Seks

Seorang model telah menceritakan pengalamannya diculik oleh mafia Itali untuk dijual sebagai hamba seks di luar negara.

Semuanya bermula apabila Chloe Ayling, 20, dari Britain dijadualkan menghadiri sesi fotografi di Milan, Itali pada 11 Julai lalu.

Namun di sana, Chloe telah diserang oleh dua lelaki yang membiusnya dengan menggunakan ketamin. Dia dimasukkan ke dalam sebuah kereta dan dibawa ke desa terpencil di Borgial.

“Saya sedar bahawa saya sedang berada di dalam bagasi belakang sebuah kereta. Tangan dan kaki saya diikat manakala mulut saya ditutup.

“Saya hanya diberikan lubang kecil untuk bernafas,” katanya.

Dia kemudiannya dikurung selama enam hari di dalam sebuah rumah dan diikat pada laci almari. Semasa diculik, Chloe sebenarnya hendak djual oleh penculiknya namun dia dibebaskan selepas diketahui mempunyai seorang anak berusia dua tahun.

Kumpulan mafia Black Death dikatakan mendalangi penculikan Chloe. Dia dibebaskan dengan syarat tidak membawa insiden berkenaan kepada polis dan tidak memburuk-burukkan kumpulan berkenaan di hadapan media.

Chloe juga diminta membayar sebanyak $50,000 dalam masa sebulan selepas dibebaskan.

“Kau pasti sedar berapa nilai kau di pasaran pemerdagangan manusia dan ini hanyalah perniagaan, bukan peribadi,” kata penculik itu.

Selepas siasatan dijalankan, seorang lelaki Poland yang menetap di Britain telah ditangkap pada 18 Julai lalu, dikenali sebagai Lukasz Pawel Herba.

Dia didakwa menculik dan melakukan peras ugut.

2 thoughts on “Kisah Model Seksi Diculik Mafia Untuk Dijadikan Hamba Seks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *