Video: Latif Romly Terbang Tinggi Raih Emas Di London

KUALA LUMPUR – Atlet lompat jauh Abdul Latif Romly meneruskan kecemerlangan atlet negara dengan menghadiahkan emas di Kejohanan Olahraga Paradunia IPC di London.

Ia adalah emas kedua negara di temasya itu selepas Muhammad Ziyad Zolkefli menyumbangkan emas dalam acara lontar peluru sebelum ini.

Catatan itu juga berjaya memadam rekod kejohanan 7.35m yang dilakukannya dua tahun lalu di Qatar.

Dalam percubaan pertama, Latif sekadar melakukan lompatan sejauh 6.97 meter berbanding seteru utamanya, Zoran Talic, yang melakukan 7.32m.

Malah, Latif jatuh ke kedudukan ketiga selepas dipintas atlet Ukraine, Dmytro Prudnikov, yang melakukan lompatan 7.12m.

Bagaimanapun, dalam percubaan keempat, Latif memperkemaskan lagi teknik larian dan lompatan sehingga berjaya memintas dua atlet tersebut untuk berada di tangga teratas dengan catatan 7.36m, yang juga rekod kejohanan yang baru sebelum sekali lagi memperbaharui rekod dengan lompatan sejauh 7.37m.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *