Suntikan Vitamin C Boleh Memudaratkan Kesihatan

KEBANYAKAN wanita ingin mempunyai kulit yang putih. Bagi golongan ini, kulit putih dianggap akan membuatkan mereka kelihatan cantik dan menarik.

Antara salah satu cara singkat untuk mendapatkan kulit yang putih mulus ialah dengan mendapatkan suntikan vitamin C.

Tapi tahukah wanita sekalian bahawa suntikan vitamin C adalah dilarang serta tidak dibenarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)?

Ini kerana ianya akan mendatangkan banyak kemudaratan daripada kebaikan. Antara kemudaratannya ialah jangkitan pada kulit dan salur darah serta akan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Dah banyak sangat klinik yang menawarkan servis suntikan vitamin C ini. Anda pula dengan perasaan teruja terus tergoda dengan servis tersebut.

Untuk pengetahuan, suntikan vitamin C adalah tidak dibenarkan dijual di Malaysia dan tiada sebarang produk vitamin C yang berdaftar di Malaysia.

Jadi apa sebenarnya yang disuntik ke dalam badan anda? (Jika anda sudah mengambil suntikan vitamin C tersebut?)

Seorang doktor, Dr. Khairul Hafidz di akaun twitternya @khairul_hafidz ada menerangkan serba sedikit maklumat dan fakta berhubung suntikan vitamin C untuk makluman anda.

Produk kosmetik yang bertujuan untuk mencerahkan kulit juga dikesan mengandungi bahan terlarang. Bahan itu dikesan mengandungi campuran bahan racun dalam Jadual Pertama Akta Racun 1952.

Bukan mudah untuk cantik. Memang orang kata beauty is pain. Tapi sanggupkah anda menderita di kemudian hari gara-gara jalan mudah yang telah anda pilih?

Sebelum ini pun dah kecoh tentang kesan sampingan pengambilan vitamin C. Tapi masih ramai lagi yang tak sedar dan masih mahu cantik dengan cara mudah dan membahayakan diri sendiri.

Renung-renungkan dan selamat cantik!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *