Pusat Beli Belah Dalam Taman

Aktiviti membeli-belah semakin rancak dengan pembukaan rasmi sebuah lagi pusat beli-belah baharu, the Starling di Damansara Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Bersesuaian dengan konsepnya sebagai pusat beli-belah dalam taman, suasana hutan hujan tropika cuba dihidupkan semasa pelancaran rasmi yang bertemakan Meraikan Keharmonian.

The Starling telah melalui transformasi hebat bagi sambutan itu. Replika bunga Rafflesia, bunga eksotik yang hanya dijumpai di Asia Tenggara berserta replika haiwan seperti orang utan, burung enggang dan rama-rama dihiasi untuk menaikkan lagi suasana hutan hujan tropika, lapor Kosmo.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan See Hoy Chan Sdn. Bhd., Teo Soo Kiat berkata, pihaknya meraikan pelancaran besar-besaran itu selama tiga hari.

“Kami meraikan pelancaran besar-besaran the Starling, sebuah pusat beli-belah yang menyatukan kehijauan alam dengan persekitaran membeli-belah. Ia memberikan pengalaman beli-belah kepada pengunjung,” katanya.

The Starling telah dilancarkan Soo Kiat bersama Pengarah Eksekutif Kumpulan See Hoy Chan Sdn. Bhd., Teo Chiang Khai diiringi ahli-ahli lembaga pengarah Kumpulan See Hoy Chan Sdn. Bhd.

Sempena pelancaran itu, tetamu dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh kumpulan perkusi terkenal The Hands Percussion yang telah menempa nama dengan persembahan luar biasa. Persembahan ini diperhebatkan lagi dengan kemunculan khas Jumero, kumpulan Indie akustik tempatan yang telah memenangi Anugerah Vima ‘Best Pop Song 2016’ Award baru-baru ini.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan Mathew Ngau, seorang ‘sape master’ yang diiktiraf sebagai warisan negara oleh kerajaan Malaysia. Persembahan Mathew Ngau turut diiringi oleh anak muridnya, Alena Murang dan kumpulan muzik popular irama tradisi dan Borneo, At Adau.

Seiring dengan konsep pusat beli-belah iaitu keharmonian dengan alam semula jadi, barisan pemuzik yang kerap bermain pada Sarawak Rainforest Festival ini diterbangkan khas ke Semenanjung.

The Starling bukan sekadar pusat beli-belah biasa. Ia menempatkan dua taman hijau yang dipanggil Chirp Park pada aras bawah dan Sky Park pada aras bumbung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *