Pelajar Dipukul, Dipaksa Cium Tangan Dan Sembah Rakan

Kejadian seorang pelajar sekolah dipukul oleh rakannya telah mengejutkan ramai apatah lagi pelajat perempuan itu diperlakukan dengan kejam.

Kejadian itu dikatakan berlaku di Thamrin City, Jakarta. Video berkenaan kini menjadi viral.

Ia memperlihatkan bagaimana sekumpulan pelajar yang masih memakai pakaian sekolah telah mengerumuni seorang pelajar perempuan.

Pelajar itu kemudiannya diperlakukan dengan kejam oleh rakannya dan tidak lama kemudian seorang pelajar lelaki pula memukulnya.

Selepas memukulnya, mereka memaksa dia mencium tangan dan menyembah mereka. Aksi itu telah mengundang kecaman dan kemarahan ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *