Mahathir Mengaku Silap Tak Angkat Mat Sabu Jadi PM

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam mengulangi lagi rasa kesalnya kerana menyokong pelantikan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri.

“Saya silap, saya sepatutnya angkat Mat Sabu jadi PM,” kata bekas perdana menteri itu seperti dilaporkan Sinar Harian, merujuk kepada Presiden Amanah Negara (PAN) Mohamad Sabu.

Pengerusi PPBM itu sebelum ini semasa mengumumkan barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) turut secara tidak sengaja melakukan kesilapan apabila mengumumkan Mat Sabu sebagai “presiden Umno”.

“Yang berbahagia Tuan Haji Mohamad Sabu, presiden Umno,” katanya menyebabkan sidang media menjadi bingit dengan gelak ketawa hadirin.

Dr Mahathir yang bersara pada 2003 telah memilih Tun Abdullah Badawi sebagai penggantinya. Pada 2006 beliau bertindak menyerang kerajaan pusat pimpinan Abdullah.

Setelah Najib menggantikan Abdullah, bekas perdana menteri selama 22 tahun itu sekali lagi bertindak menyerang kerajaan disusuli tindakannya menyertai pakatan pembangkang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *