Justin Bieber Ditahan Polis Lagi

PENYANYI popular, Justin Bieber, 23 tahun sekali lagi berdepan dengan pihak berkuasa apabila dia ditahan oleh pegawai peronda polis lapor Metro.co.uk.

Dia yang kini popular dengan lagu remix ‘Despacito’ itu ditahan dengan kesalahan memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

Dalam satu kenyataan pihak berkuasa mengesahkan bahawa Bieber dikenakan saman kerana menggunakan telefon bimbit sewaktu memandu kereta jenis Mercedes G-Wagonnya di Beverly Hills.

 

TMZ melaporkan, penyanyi lagu ‘Sorry’ itu kelihatan tenang dan memberikan kerjasama semasa ditahan.

 

Sebelum ini, Bieber pernah mempunyai kes apabila memandu di bawah pengaruh alkohol, menumbuk jurufoto, dan vandalisme namun kemudiannya dia berhenti melakukannya.

Kini, peminat melihat penyanyi tersebut kini semakin matang dan lebih serius dengan karier nyanyiannya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *