Inul Nafi Ada Penari Bogel Di Karaokenya

Penyanyi dangdut Inul Daratista menepis dakwaan bahawa karaokenya, Inul Vizta di Kota Kediri, Jawa Timur menyajikan tarian bogel.

“Gak ono (tidak ada ) penari telanjang!” kata Inul menjawab pertanyaan Tribunnews.com melalui WhatsApp.

Inul Vizta merupakan rangkaian karaoke francais yang dimiliki oleh Inul.

Menurut Inul, karaoke itu sendiri memang menjadi sasaran operasi. Tambahnya, dakwaan berkenaan sengaja disebarkan semata-mata untuk menjatuhkan namanya. Bagaimanapun Inul berkata, khabar angin itu tidak memberikan kesan kepadanya.

Jumat lepas, polis telah mengadakan serbuan pelacuran di karaoke tersebut dan menahan 10 orang termasuk empat penari bogel.

Serbuan berkenaan dijalankan pada 11 malam ketika tarian bogel didakwa sedang diadakan di dalam salah sebuah bilik karaoke.

Inul Vizta merupakan antara rangkaian karaoke yang terkenal di Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *