Hidup Clare `Kacau Bilau’ Kerana Raja Petra

Pengendali Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin (RPK) telah diarahkan supaya berhenti daripada menulis mengenai editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown. Ini kerana Clare berhadapan dengan tekanan akibat tulisan RPK.

Tak sangka rupa-rupanya tulisan RPK telah menyebabkan tekanan kepada Clare hingga beliau terpaksa menggunakan polis United Kingdom (UK) untuk menakutkan penulis berkenaan. Dalam hal ini, RPK menerima notis daripada Polis Manchester yang diserahkan kepadanya di rumah beliau.

Berdasarkan notis itu, RPK berdepan dengan tindakan undang-undang jika terus menulis mengenai Clare.

Apabila disoal oleh RPK kepada polis tentang artikel Clare yang menulis mengenai orang lain seperti mengenai Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak, polis memberitahu ia tiada kaitan dengan mereka dan jika Perdana menteri merasakan beliau juga dilecehkan, maka beliau boleh membuat aduan dengan Polis Metro London, demikian lapor Malaysia Today.

Anehnya, dalam kes ini, Clare boleh pula menyerang pemimpin negara lain tetapi RPK yang tidak mengusik pun pemimpin UK telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Ini menunjukkan Clare kini semakin goyah dan tidak boleh menerima tekanan hingga ke satu tahap terpaksa menggunakan undang-undang bagi menyekat RPK.

Sarawak Report yang dikendalikan Clare sering mencetuskan kontroversi dengan melontarkan tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan khususnya berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Walaupun siasatan telah dijalankan dan Perdana Menteri disahkan bersih daripada  semua tuduhan termasuk Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai pembangkang, namun ia tidak menghalang Clare daripada mengaitkan Perdana Menteri.

Malah Clare berterusan menyerang Perdana Menteri dan isteri dengan menabur fitnah.

PAS juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa fitnah Sarawak Report apabila portal berkenaan melalui laporan pada 6 Ogos tahun lalu mendakwa, kepemimpinan parti itu menerima dana RM90 juta daripada Najib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *