17 jalan di ibu negara ditutup sempena acara OCBC Cycle Ahad ini

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak 17 jalan di sekitar ibu kota yang terbabit dalam acara OCBC Cycle akan ditutup dan dibuka semula secara berperingkat mulai 6 pagi hingga 9.30 pagi, Ahad.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, jalan yang ditutup membabitkan dua pusingan laluan sejauh 42 kilometer (km).

“Antara jalan yang terbabit adalah sepanjang Jalan Raja Dataran Merdeka; Jalan Kinabalu di kedua-dua arah dan Jalan Kuching di kedua-dua arah bermula dari susur naik ke Jalan Sultan Ismail hingga ke Bulatan Dato Onn.

“Jalan lain yang ditutup adalah Jalan Raja Laut bermula dari persimpangan Jalan Tun Perak sehingga Jalan Sultan Ismail dan Jalan Tuanku Abdul Rahman bermula dari persimpangan Jalan Sultan Ismail ke Persimpangan Jalan Tun Perak.

“Selain itu, Jalan Tun Perak bermula dari persimpangan Jalan Tun H S Lee ke Jalan Parlimen; Jalan Lebuh Ampang; Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi turut ditutup,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Allaudeen berkata, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan mengawal lalu lintas dengan kekuatan seramai 110 pegawai dan anggota.

“Mereka (JSPT Kuala Lumpur) juga akan dibantu oleh 30 warden trafik dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam penugasan itu.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Massa (MRT), Transit Aliran Ringan (LRT) dan kenderaan e-hailing.

“Elakkan melalui jalan yang terjejas akibat penutupan untuk ke destinasi yang dituju dan patuhi arahan anggota polis yang bertugas bagi memastikan lalu lintas berjalan lancar,” katanya.

Katanya, sebarang pertanyaan boleh menghubungi jawatankuasa penganjur dengan menghubungi Hotline DBKL di talian 03-26179378 atau Hotline Trafik KL di talian 03-20719777 bagi mendapatkan maklumat.

“OCBC Cycle pada tahun ini adalah acara kali kelapan sejak diperkenalkan pada 2015 anjuran OCBC Bank dengan kerjasama Multigreen Events Sdn Bhd dan DBKL.

“Acara ini akan berlangsung pada 3 Mac ini bermula 6.45 pagi sehingga jam 9 pagi membabitkan 2,700 peserta tempatan dan luar negara.

“Kayuhan dalam acara ini bermula di Dataran Merdeka, di sini dan akan berakhir di lokasi sama,” katanya. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat