Nazri Sokong Jamal Untuk Jawatan Ketua Pemuda

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, Ketua Umno bahagian Jamal Md Yunos calon terbaik untuk menggantikan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno.

“Mengapa tidak? Sekiranya Khairy tidak bertanding (untuk jawatan itu pada pemilihan parti akan datang), maka Jamal boleh melakukannya.

“Apa masalahnya? Saya fikir beliau calon baik,” katanya seperti memetik laporan FMT.

Jamal hari ini dilaporkan menyatakan hasratnya bertanding jawatan Pemuda jika Khairy tidak mahu lagi.

Ketua Umno Sungai Besar itu berkata langkah itu antara pilihannya jika tidak ada kerusi Parlimen atau DUN untuknya pada pilihan raya umum ke-14.

“Jika Budiman Mohd Zohdi bertanding untuk kerusi Parlimen Sungai Besar, Datuk Imran Tamrin untuk kerusi DUN Sungai Panjang dan cikgu Samad Wahab di kerusi DUN Sekinchan, jadi di mana ketua Umno Sungai Besar boleh bertanding?

“Jika tidak ada tempat di Sungai Besar, ketua bahagian mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno,” katanya dipetik sebagai berkata.

Nazri berkata jika Jamal mahu jawatan tersebut sebagai ahli Umno, boleh bergantung kepada sokongannya.

“Jika beliau datang berjumpa saya, saya akan menyokongnya. Tetapi beliau tidak datang berjumpa saya lagi. Tak mengapa. Ia adalah haknya.”

Khairy memimpin Pemuda Umno sejak 2008 namun membayangkan kemungkinan akan melepaskan jawatan itu.

“Saya tidak akan berada di sini (jawatan ketua Pemuda) selama-lamanya…Saya sudah berusia 37 tahun,” katanya.

Timbalan Khairy Khairul Azwan Harun, yang merupakan calon pilihan untuk menggantikannya, enggan mengulas kenyataan Jamal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *