Clare Buat Laporan Polis Kerana Tertekan Dengan Tulisan Raja Petra

Penganalisis politik yang juga pemilik blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin telah diarahkan oleh polis di United Kindom (UK) supaya tidak lagi menulis mengenai editor Sarawak Report editor Clare Rewcastle Brown.

Jika tidak, beliau diberi amaran akan ditangkap dan didakwa di mahkamah jika Raja Petra masih menulis artikel atau menyebut nama Clare dalam mana-mana artikelnya.

Malaysia Today melaporkan notis Polis Manchester itu diserahkan kepada Raja Petra di rumahnya semalam.

Ini kerana Clare dikatakan menerima tekanan akibat tulisan Raja Petra itu.

Tahu pula Clare mengalami tekanan sedang dia sendiri menulis dengan memburukkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Rosmah Mansor meskipun laporan yang ditulisnya itu adalah fitnah.

Clare menggunakan polis di UK untuk menghalang Raja Petra daripada mendedahkan kebenaran mengenai siapa dirinya, yang bersekongkol dengan pihak tertentu di Malaysia untuk memburukkan pemimpin negara.

Mungkin di UK Raja Petra tidak boleh menyebut nama Clare menerusi tulisannya, namun ia bukan halangan bagi pihak lain untuk terus mendedahkan siapa Clare sebenarnya.

Bersembunyi di belakang polis menunjukkan Clare takut Raja Petra mendedahkan lebih banyak mengenai tembelangnya itu.

Namun Raja Petra memberitahu polis, beliau telah ditangkap berkali-kali sebelum ini, oleh itu, untuk menulis dan 1 lagi penangkapan bukanlah masalah besar.

Memang Raja Petra keras kepala dan ia diakui sendiri olehnya yang akan terus menulis walaupun kemungkinan akan ditangkap dan dipenjarakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *