Video : Kerajaan Bakal Bantu Selesaikan Masalah Felda

KUALA LUMPUR – “Kita mencari kaedah. Masalah hutang, masalah yang disebut tadi sentiasa kita dengar, “kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim.

Beliau berkata, pengakhiran tahun lalu, kerajaan sudah mewujudkan satu makmal untuk memperkasakan pengurusan dan hala tuju Felda.

“Banyak perkara sudah dibuat dalam tempoh itu dari segi penyata gaji, pembayaran hasil.

“Saya tak kata kita tiada masalah,tetapi usaha untuk menyelesaikan masalah itu tak pernah berhenti,”katanya memetik rakaman siaran Awani.

Dalam pada itu, mengulas mengenai wujudnya dakwaan Pilihan Raya (PRU14) bakal diadakan secepat mungkin rentetan sambutan hari peneroka, beliau menjelaskan telahan itu tidak benar sama sekali.

“Sebelum itu saya nak beritahu, belum pun tiba sambutan hari peneroka, media-media lain sudah beritahu akan ada gula-gula. Pilihan Raya dah dekat.

“Sebenarnya tidak. Kalau kira begitu, tiap tahun ada pilihanraya,”katanya. -SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *