Video : Felda Tidak Sama Dengan GLC Lain

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim menyifatkan Felda tidak sama dengan GLC dan syarikat-syarikat perniagaan yang lain kerana mendakwa kumpulan peneroka itu mempunyai 11 wilayah.

Menurutnya, Felda mempunyai 112,000 keluarga peneroka dan jika ditambah dengan generasi anak-anak Felda, kumpulan itu mempunyai 1.2 juta warga Felda.

“Kalau Felda tak wujud, maka inilah jumlah rakyat kita yang tak punyai apa-apa. Tetapi dengan Felda, apa juga kejayaan yang dicapai, ia akan diagih bersama warganya.

“Kita ada 317 kawasan rancangan di seluruh negara,”katanya memetik temubualnya bersama stesen televisyen berbayar Astro Awani.

“Kita tak boleh samakan kerana setiap perkara yang diperoleh oleh kumpulan Felda, kita ada rakan kongsi kita iaitu para peneroka. Yang hari ini terlibat dalam pelbagai aktiviti. Bukan hanya kelapa sawit, tetapi hampir kesemua. Sampai Felda ada pasukan bola sendiri, stadium, hotel, dan sebagainya,”ujarnya.

Tambahnya, Felda itu sebagai satu entiti yang sangat besar dari segi sosio politik. Bukan hanya memberi tumpuan pada perniagaan, tetapi juga dari segi pertumbuhan manusia.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *